Lazada

Sunday, February 5, 2017

Kek Pisang Viral

Assalamualaikum wbt....

Nak share resepi kek pisang yang tengah viral ni.. Resepi ni aku dapat kat facebook.. Oleh sis Azlina Ina... 







Tengok tangan si bulat tu.. Tak dan lama kek mama ni..


Bahan-bahan:-

4 biji pisang sederhana @ 3 biji pisang besar (kupas dan lecekkan) - lecekkan awal pisang dan biarkan gelap sedikit agar warna kek yang terhasil lebih cantik.
1 1/2 cawan tepung gandum* @ tepung naik sendiri
1 sk baking powder* (kalau dah guna tepung naik sendiri, tak perlu tambah baking powder)
1/2sk soda bikarbonat* 
4 sb tepung jagung* - bahan bertanda * diayak bersama
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 cawan gula kastor/perang (saya guna 3/4 cawan gula pasir yang dikisar halus)
1 sb ovellate
1 sk perisa vanila
hirisan nipis pisang

Cara:-
1. Satukan gula, ovelatte, telur, perisa vanila dan mix sehingga gula hancur dan telur kembang. (Boleh juga guna blender)
2. Masukan pisang yang dilecek dan minyak.
3. Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung. Kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang, susunkan hirisan pisang.
5. bakar pada suhu 170C (oven aku) 30-45minit. (aku guna 30 minit)
6. Terbalikkan keluar dari loyang dan sedia dihidang.







Budak paling happy kalau mama bake.. Dia cukup suka part membuat. Bila dah siap dia yg first cabut lari. Punya takut kena makan kek.





Sebenarnya bukan aku tak nak bagi ke orang kek ni, sebab banyak.. tapi memandangkan pisau ni Hannah dah jilat, pastu dia dah cucuk merata kek tu... Haihh, paham-paham la ye.. Tak elokla pulak nak bagi ke orang..






Tengoklah anak bertuah saya ni makan.. Kalau tak bersepah, memang tak seronok agaknya.. Pitam mak ko Hannah, penat masak, nak kena mengemas pulak..







Kek ni tekstur dia sangat lembut, wangi sangat.. Sebab aku guna pisang berangan.. tapi next time buat, aku nak tambbah sket tepung tu jadi 2 cawan.. Kemanisan dia tu dah ok.. Just nice..

12 comments:

  1. Replies
    1. Hihi sedapp sis Normi Nieza.. Wangii ajer bau pisang tu semerbak dapur...

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe sori ainin naufal.. Tertinggal pulak tang gulanya... saya dah update resepinya kat atas ye sis.. guna 1 cawan gula

      Delete
    2. Mohon bertanya bagaimana saya ingin contact puan? Email?

      Delete
  3. Sis qisya khadeeja blh emel saya norhasmizaali@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Kek ni guna pisang apa ya. Kalau guna plsang embun ataupun cavendish, boleh ke

    ReplyDelete
  5. Unknown, 1 cawan setengah. Rasanya boleh guna apa jenis pisang pon yg manis dan masak ranum sis..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Sori komen unknown.. Akak baru jumpa jalan cari blog ni hehe.. Ahaha kek pisang ni sdap sesuai untuk orang yang tak suka kek berkrim2 ni..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...